Tuesday, December 22, 2009

55::: ZOOing for 3 days

Tuesday, December 22, 2009
Salam kawan2 dan taulan, maka dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa:

Selama 3 hari bermula 21/12 - 23/12, saya berada di zoo negara untuk tujuan memenuhkan kredit hour dengan menjadi pembantu di situ..Antara yang menarik, menjadi pencacai haiwan punye *toot*, memberi makann kepada haiwan yang buas secara live , dan pastinya beraksi di dalam kandang haiwan yang super duper cute..Memandangkan 3 hari ni amat memenatkan, insyaAllah saya akan buatkan post penuh pada hari khamis ini paling awal..Nantikan~~~ ( ceh, bajet mcm popular pulak kan, xpelah, sape nak bace , bace je la erk..moody plak )


p/s : Serius penat tapi best..heehh

Friday, December 18, 2009

54::: Kembara Berjalan di Tanah Gersang~

Friday, December 18, 2009
Mode: Kedengaran lagu nasyid zaman 60an-70an, kumpulan Al-Jawaher, tajuknya Kembara Berjalan di Tanah Gersang..

Tujuan post kali ini untuk berkongsi quotation dri sahabt dan saudara seislam yang mengingtkan diri ini sempena Maal Hijrah

Selamat Menyambut Maal Hijrah, Setahun lagi hampir dengan maut, Namun, persoalan bila maut tidaklah sepenting bagaimana persediaan, kerana mati esok dengn bersedia adalah lebih baik drpd mati 100 tahun lagi tapi tidak bersedia.


Hijrah bukan satu pilihan, tetapi satu kemestian..Syurga hanya mengisi insan2 yang hebat, dan untuk menjadi insan yang hebat, hijrah merupakan salah satu jalan..

p/s: Sudah pasangkah hijrah anda untuk apa bg tahun ini?


Best Regards
Azim Amin
Keramat Permai
K.L

Tuesday, December 15, 2009

53:::Nur Kasih, Wujudkah?

Tuesday, December 15, 2009

Baru tadi habis menonton drama yang hangat diperkatakan satu ketika dahulu, "Nur Kasih"..
Mungkin, orang kata dah basi drama tuh, tapi takpe la, aku pon waktu drama tu diudarakan, sedang belajar, xde masa sangat untuk duduk kat common room utk tgk crite ni yang hanya beberapa langkah dari bilik aku tuh..

Waktu cuti nie pon saje2 tgk, nak tgk betul ke best dan bermanfaat ( seperti mana yang dijelaskan oleh Baihaqi dlm satu post blognye ). Pemerhatian aku, memang patutpon drama ini hangat dan top sbbnye inilah drama melayu pertama yang menjadikan "cinta islamik" ( ehm...aku x nak komen nie ) sbg nadi penggerak utama bagi cerita nie.Tapi, just sbg xnak kekeliruan berlaku, aku xnak la ukur sejauhmana betulnya islamik yang dipraktikkan dlm cerita tu, sapa yang tengok, maka, korang boleh menilainya.( Tapi x dinafikan, ada yang baiknya mcm hubungan dgn Allah, hubungan dgn Ibu Bapa, dan hubungan sesama manusia )




Tapi x juga dinafikan, perhubungan akrab Adam ngn Aidil sbg adik beradik memang agak meruntun jiwa..Yang kelakarnya, time aku tgk drama nie, tibe2 ade la sibling aku sorang nie tgk jugak..Dan dalam 5 minit gitu, tibe2 dengar la bunyik mcm orang menangis..Hahaha, aku? Aku tetap maintain, xyah la nangis2..

Dan yang paling menarik dalam crita nie ialah pengamalan cinta selepas kahwin, nampak bahagia dan dalam masa yang same x berdosa dan diredhai InsyaAllah..

Persoalan terakhir, masih wujudkah elemen2 dan nilai2 baik yang ada dalam Nur Kasih tu dalam masyarakat kita?

Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....." [24;26 ]

p/s :Bukan PMS, bukan mood swing, mahupon sawan, tapi entah kenapa hati ini sentiasa ditegur..



Best Regards
Azim Amin
Keramat Permai
Kuala Lumpur
 
totally.EnZyMe © 2008. Design by Pocket